Assalamualaikum...
Dengan rase kecil dan agak newbie di sini..aku dengan rase serba kekurangan memberikan report berkenaan aktiviti kite yg lpas iaitu Ride Amal dan mega tts yg berlangsung pd 14-15mei baru2 nie.
Terime kasih tak terhingga kepada yg menjayakan aktiviti ini dengan penuh komitmen. Tabik spring kepada master mind event nie dan kepada yg bertungkus lumus di belakang tabir untuk menjayakan aktiviti ni....korang mmg organiser yg berdedikasi.
Sekalung terima kasih gak kepada LC Kelantan Crew(LCKC),Turtle Crew,DISC, dan Terengganu All Bikers Community (TABC) kerana memeriahkan aktiviti di samping kite merapatkan lagi jalinan persaudaraan antara RIDER..dan tak lupa kepada sponsor utama event ini iaitu Putri Mas Enterprise..
Terima kasih teramat sgt dari kami di atas sokongan untuk menjayakan mega tts dan program amal ini.
14mei
berkumpul di masjid terapung dari jam 4ptg. Menunggu setiap division. Aku wakil dari Division Kemaman memohon maaf di atas kelewatan kami...hehe...kemaman biasa dah lewat dari jadual asal..hehe..jgn marah noh!!..
setelah semua ada, pergerakan diteruskan ke Kuala Berang dengan dieskot oleh marshall2 berpengalaman DISC. Pergerakan berjalan lancer dan tiba di kuaters TNB Kuala Berang lebih kurang jam 7mlm.
Selepas mendapat stiker konvoi...smua masuk ke rumah penginapan untuk berehat dan membersihkan diri . Jam 9mlm..sesi BBQ bermula...
BBQ tamat lebih kurang pukul 11mlm dan aktiviti bebas selpas pd itu.
15mei
Peserta bagun seawal jam 6pg bg mengelakan trafik jam di bilik air. Dlm jam 8pg enjin mula dipanaskan. 9pagi pergerakan dimulakan ke rumah anak yatim Darul Falah di Bukit Payung.
Pergerakan konvoi agak terbatas kerana lalulintas yg agak sibuk. Dalam jam 10pg tiba di Darul falah. Turut menghadirkan diri di Darul Falah ialah TABC dan seorg wakil Bikers 69j iaitu abg Syahrun.
Sesi bergambar bermula dan sesi sukaneka.
Dalam jam 11.30pg semua peserta dan penghuni Darul Falah masuk ke dewan. Ucapan telah diberikan oleh Danglc82 serta Yusri bg wakil TLRC dan Akoapez bg wakil LCKC.
Cendera hati dan sumbangan telah disampaikan kepada darul falah oleh wakil TLRC dan LCKC.
Jam 12tgh hari pergerakan konvoi bergerak ke kedai mkn norazila...dan selpas itu bergerak ke pantai batu buruk utuk berehat.
Anggaran jam 5ptg majlis bersurai..LCKC memulakan perjalan pulang ke Kelantan manakala Turtle Crew dan division kemaman bergerak pulang ke destinasi masing2.
Sekian report dari aku...kite pakat tokok tambah mana yg kurang yer...