Terengganu LC Riders Community ( KOM135 )
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Terengganu LC Riders Community ( KOM135 )

Selamat Datang Ke Forum 135LC Terengganu Komuniti http://www.tlrc.webs.com
 
HomePortalGalleryLatest imagesRegisterLog in

 

 Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10)

Go down 
3 posters
AuthorMessage
KAY17
Moderators
Moderators
KAY17


Posts : 1074
Join date : 2009-08-29
Age : 39
Location : cbe cari

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Empty
PostSubject: Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10)   Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) I_icon_minitimeTue Sep 29, 2009 3:06 am

Sedikit info untuk pengetahuan semua ahli TLRC

1.Apakah peranan paling utama setiap marshall?

-Ketahanan mental dan fizikal
-Menjaga keselamatan peserta konvoi dan pengguna jalan raya yg lain.. kedua2nya mesti dititik beratkan.
-Kelengkapan diri (Ilmu, Pakaian dan lain2..)
-Mentaklimatkan peserta dan Marshall yg dilantik (bg ketua Marshall..)

2.Marshall terdiri kepada berapa?

- Leader
- Runner
- Sweeper

* Runner plak ade 2..

- satu menjaga barisan
- satu lagi bersama leader untuk membuka jalan jika diarahkan leader..

3.Apakah yg boleh dan tidak boleh dilakukan oleh marshall ketika didalam berkonvoi?

*Boleh..

-Mengarahkan peserta konvoi agar tidak terputus dari line konvoi..
-Menghalang kenderaan lain dari memasuki line konvoi
(sekiranya beliau berdegil, izinkan beliau mendahului konvoi.)
- Lebih kurang macam pengawas kat sekolah..

*Xboleh..

-Melanggar lampu isyarat sesuka hati kecuali mempunyai sebab2 kukuh atau tertentu..
-Menghalang @ mengganggu pengguna jalan raya yg lain..
-Berkelakuan ghairah ketika menunggang..
-Angkuh.. mementingkan diri..
-Memotong kenderaan lain sesuka hati..

4.Apakah tujuan marshall diwujudkan?

-Melancarkan perjalanan konvoi (Lebih bagus jika dibantu Polis Eskot)

5.Apakah peranan Marshall terhadap ahli konvoi dan sebaliknya?

*Peranan Marshall terhadap ahli konvoi

-Menjaga konvoi dan memastikan peserta tidak berkelakuan luar jangkaan..

*Peranan peserta terhadap Marshall

-Mematuhi syarat2 yg telah ditetapkan dan arahan yg dikeluarkan oleh marshall.

7.Apakah tindak balas ahli2 konvoi apabila ketua konvoi memberi isyarat?

-Menyampaikan isyarat sehingga pengetahuan peserta terakhir dengan jelas..


ini info dari NBC

1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshall ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall kerana penganjur/marshall juga mempunyai tugas yang berat menanti dan perlu fokus didalam perjalanan.

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat.

3. Sentiasa bersedia, (seperti pengakap) sarung tangan dan helmet dipakai, kunci berada di posisi "ignition" apabila marshall berada diatas motorsikal beliau. Ini membuatkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, memandangkan menunggu ahli konvoi yang lewat bersedia dibawah matahari terik dengan helmet bertutup penuh dan juga sarung tangan serta jaket tebal amat menyeksakan dan akan menghilangkan keseronokan berkonvoi. Seseorang marshall yang bagus akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek).

4. Sentiasa jaga jarak antara penunggang yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang.

5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi.

6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong.

7. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda ditepi bahu jalan (kawasan lapang) serta letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas.

8. Marshall TLRC yang dibenarkan untuk menggunakan siren sewaktu menunggang untuk menghalau kenderaan lain. (Tetapi tidak kerap / selalu)

9. Tiada marshall TLRC diberi kuasa untuk menahan/memberhentikan lalu-lintas di lampu isyarat(merah atau berhenti). Kita TIDAK berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Sentiasa beringat dan selamat.

10. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi.

11. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya menunggang motorsikal dia dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/last man akan bersama kamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya.

12. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.

13 Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda menunggang mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya.

14. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan.

15. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkan motorsikal anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan penunggang lain dapat lihat. Kita mempunyai kes dimana peserta konvoi tercicir kerana beliau meletakkan motorsikal beliau dibelakang tandas.jauh dari pandangan orang ramai.

16. Pastikan anda menyediakan kelengkapan menunggang untuk cuaca hujan kerana konvoi TLRC tidak takut dengan hujan.
Back to top Go down
LiQuiD_CooLeR
Lesen B2
Lesen B2
LiQuiD_CooLeR


Posts : 563
Join date : 2009-08-30
Age : 33
Location : Shah Alam

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Empty
PostSubject: whahah   Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) I_icon_minitimeTue Sep 29, 2009 10:49 am

sblm lock izinkan aku bg comment kt dlm thread nih..w.ahahha
kirenye aku dokleh jd marshall ah..sbb aku sntiase dlm keaddaan ghairah..hahahah
nok2 ade awek comey kt dlm kete!!pakat hon blake ah..hehehe
aku gurau je..
bagus info en kay di situ..
mitok maaf..aku bese doh..nok sokong sesuatu bnde mmg aku ayat gurau dlu..whahha
se ag--pastikan setiap marshal pakai baju safety kaler ijau tuh
n biar cukop tido n cukop rehat dr segale aspek fizikal mahupun mental jike ingin memminpin or mnjadi marshall konvoi..
ni penting..aku xwat lawok..bkn ungkit kes aku..tp utk peringatan sumer..
xpayoh la kutok aku lpas nih!!huuhhuhu
Back to top Go down
malayneum
Admin
Admin
malayneum


Posts : 342
Join date : 2009-08-29
Age : 32
Location : where am I supposed to be?

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Empty
PostSubject: Re: Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10)   Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) I_icon_minitimeThu Oct 08, 2009 7:04 pm

Isyarat Tangan Semasa Konvoi

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Start
Hidupkan enjin !! Start your engines !!!(Jari telunjuk tunjuk atas buat pusing-pusing)

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Rapat2BarisTatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Single
Dua barisan, bersebelahan, rapat-rapat (sewaktu dalam bandar/jalan sibuk)

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) 2BarisTatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Potong
Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Stagger
Dua barisan, zig-zag (sewaktu laju / di lebuhraya)

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Hazardleft
Awas lubang/lopak/halangan sebelah kiri (signal kaki juga boleh digunakan)

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Hazardright
Awas lubang/lopak/halangan sebelah kanan (signal kaki juga boleh digunakan)

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Kiri
Pusing kiri

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Kanan
Pusing kanan

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Single Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Singfile
Satu barisan! Jari telunjuk seperti nombor satu juga boleh digunakan (Keadaan bahaya atau memotong di lebuhraya)

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) LajuSket
Laju sikit! Lengan naik dan turun, berbeza dengan isyarat satu barisan di atas.(kalau tunjuk jari 1-4 tu maksud suruh pecut 140kmj ler... )

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Slow
Perlahankan motorsikal anda !!

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Minyak
Isi minyak dulu ye!! Tangan genggam, dengan ibu jari menunjuk ke meter/pinggang/tangki minyak.

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Minum
Kita MINUM dulu !! Tangan genggam, dengan ibu jari menunjuk ke topi keledar.

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Stop1Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Stop
Ooop!!Berhenti dulu!!

Credits to MBC...
Back to top Go down
http://forum.malakat92.com
malayneum
Admin
Admin
malayneum


Posts : 342
Join date : 2009-08-29
Age : 32
Location : where am I supposed to be?

Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Empty
PostSubject: Re: Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10)   Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) I_icon_minitimeFri Oct 09, 2009 12:44 pm

Peranan Peserta Konvoi

Setiap konvoi yang diadakan perlu mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan:

1. Kelajuan yang ditetapkan adalah sekitar 90-120 km/j mengikut kelajuan “Head”.
2. Konvoi tidak dibenarkan melanggar lampu isyarat merah.
3. Peserta konvoi tidak dibenarkan sama sekali menggunakan telefon bimbit ketika berada dalam kelompok yang sedang bergerak.
4. Peserta konvoi tidak dibenarkan sama sekali bercakap sesama sendiri ketika bergerak di dalam kelompok.
5. Peserta konvoi perlu memberi perhatian pada setiap arahan dan isyarat (sign) dari marshall yang bertugas.
6. Kelompok perlu mematuhi setiap arahan dari marshall.
7. Sentiasa memberikan sepenuh tumpuan ketika bergerak dalam kelompok dan jangan sesekali leka.
8. Semua peserta konvoi tidak dibenarkan merokok ketika konvoi bergerak.
9. Perjalanan konvoi hanya pada siang hari. Tidak dibenarkan bergerak pada waktu malam.
10. Memberikan taklimat kepada peserta konvoi supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalanraya.
11. Memastikan kenderaan dan penunggang yang menyertai konvoi mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah disisi undang-undang.
12. Memastikan kenderaan yang menyertai konvoi tidak melakukan sebarang pengubahsuaian dari segi fizikal yang menyalahi undang-undang serta sebarang peraturan yang berkuatkuasa.
13. Penglibatan konvoi yang melibatkan lebuhraya adalah tanggungjawab kelab dalam memastikan keselamatan konvoi.


credit to Ajad
Back to top Go down
http://forum.malakat92.com
Sponsored content





Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) Empty
PostSubject: Re: Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10)   Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10) I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Tatatertib Berkonvoi TLRC (Update 9/10)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» MEGA TTS TLRC
» newbies TLRC(tau1445)
» aktiviti sukan TLRC
» TTS Raya TLRC 2009
» event konvoi tlrc

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Terengganu LC Riders Community ( KOM135 ) :: Front Desk :: Pengumuman / Jemputan / Perjumpaan TLRC-
Jump to: