Terengganu LC Riders Community ( KOM135 )

Selamat Datang Ke Forum 135LC Terengganu Komuniti http://www.tlrc.webs.com
 
HomePortalCalendarGalleryFAQMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Report Jelajah Selatan TEC 18-20/12/2009

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
malayneum
Admin
Admin


Posts : 342
Join date : 2009-08-29
Age : 24
Location : where am I supposed to be?

PostSubject: Report Jelajah Selatan TEC 18-20/12/2009   Tue Dec 22, 2009 10:36 pm

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

alhamdulillah 18-20 disember lepas TLRC telah menghantar wakil seramai 3 orang iaitu hamba, tuan salam (salangtm) dan farid (liquid_cooler) [patutnye 5 orang, tapi 2 orang tarik diri last minit] untuk menyertai konvoi Jelajah Selatan anjuran Terengganu Elegan Community (TEC). tempat tujuan ialah Johor dan Melaka. konvoi ni jugok disertai oleh wakil Kelab Motor Terengganu (KMT) dan Naza GTR Riders Group.

jumlah peserta keseluruhan seramai 25+ ekor kuda besi, disertai jugak oleh mekanik SYM Motor dan manager pantai timur SYM. antara jenis kuda yang ikut ialah skuter modenas elegan, SYM VTS200 dan Evo 250i, Naza GTR, Honda CBR600, Yamaha TZM, Lagenda dan jugok 135LC.

sedikit laporan konvoi..

Part 1 : Jumaat, 18/12/2009

7.00 am : mula berkumpul di Shell Batu Buruk, pembahagian freebies (safety vest Givi, cap Givi, sticker konvoi dan keychain SYM). taklimat oleh lead marshall dan bacaan doa.

7.30 am : mula bergerak ke Dungun, kelajuan purata 90-100km/h sahaja. marshall bertugas seramai 8 orang.

8.30 am : tiba di Dungun, refuel di Petronas simpang bukit besi. sorang lagi ahli konvoi, payed sudah menunggu. lepas refuel, sarapan pagi di bandar Dungun (makan free Joget )

9.30 am : bergerak ke Kemaman. konvoi disimbah hujan lebat di paka. kuda salangtm mengalami sedikit kerosakan [air hujan terkena wiring alarm, moto terus mati]

10.45 am : tiba di Petronas Bukit Kuang, Kemaman. refuel + buang apa yg sepatutnya. disambut oleh wakil TLRC, aqhim dan asyraf (apek) utk menyerahkan banner TLRC. jam 11.15 meneruskan perjalanan ke Kuantan.

12.15 pm : tiba di kuantan, makan tengahari disponsor oleh kedai SYM. menu - nasik goreng bersama kari ayam dan ikan celup tepung affraid

1.15 pm : bergerak ke Pekan selepas refuel di Shell Indera Mahkota. sekali lagi kena simbah hujan lebat.. dari Pekan, konvoi diringi oleh kereta peronda polis,

2.30 pm : berhenti refuel di Caltex Nenasi, dan meneruskan perjalanan ke Mersing melalui Rompin dan Endau. sepanjang perjalanan di negeri pahang, konvoi diiringi oleh polis [best woo jalan clear je.. hehehe]

4.15 pm : berhenti solat di masjid tenglu, mersing. selepas tuh berhenti makan di bandar mersing.

6.30 pm : grup TLRC berpecah dari konvoi utama yg menuju ke Labis. kami pulak menuju ke Johor Bahru seramai 3 orang sahaja melalui Mersing - Kota Tinggi - Johor Bahru. dalam perjalanan berhenti refuel di BHP Simpang Tenggaroh [apsal aku rasa cam misteri je stesen ni.. hehe affraid ]

8.15 pm : berhenti rehat di Petronas Kota Tinggi, sambil tuh cuba cari arah ke Johor Bahru. jam 8.45 malam meneruskan perjalanan ke Johor Bahru.

9.15 pm : tiba di Petronas Ulu Tiram dan disambut oleh en. Fitri. kemudian meneruskan perjalanan ke tempat bermalam iaitu rumah sewa beliau.

11.30 pm : keluar merayau-rayau di sekitar bandar JB. bertemu grup MRC dan LCians UTM di Danga Bay. sesi fotografi di Danga Bay Street Mall.

1.45 am : pulang ke rumah tumpangan selepas mencekik... tak sampai 10 minit, semua dah pengsan.. hahaha...

Part 2 dan 3 serta gambir-gambir akan disambung kemudian...
Back to top Go down
View user profile http://forum.malakat92.com
malayneum
Admin
Admin


Posts : 342
Join date : 2009-08-29
Age : 24
Location : where am I supposed to be?

PostSubject: Re: Report Jelajah Selatan TEC 18-20/12/2009   Tue Dec 22, 2009 10:37 pm

Part 2 : Sabtu, 19/12/2009

9.00 am : semua baru bangkit dari pengsan walaupun tuan rumah dah gerak pukul 5 pagi.. hahaha.. bersiap utk meronda-ronda dan membuat onar di bandar JB

10.30 am : destinasi pertama, Plaza Angsana Skudai. aku ngan fitri lepak2 kat sini, payed ngan salangtm pulak pegi round2 bandar.

12.30 pm : lepak2 skali lagi kat Danga Bay, tapi hujan renyai2 so kami just lepak2 bawah khemah.

1.00 pm : redah hujan untuk ke kenduri kahwin kawan salangtm di taman tebrau perdana. masih hujan renyai2..

3.00 pm : aku, fitri ngan payed cabut balik, salangtm pulak masih lepak2 kat rumah pengantin.

4.00 pm : lepak2 kat umah fitri tunggu salangtm balik, takleh keluar sebab hujan belum reda. akhirnya sorang-sorang pengsan.. hahaha..

6.30 pm : bergerak ke bandar JB lagi sekali untuk sesi mengibarkan banner TLRC.

7.30 pm : mula bergerak ke Melaka melalui lebuhraya PLUS, kelajuan purata 120-130km/h sahaja.

9.00 pm : berhenti rehat + refuel + solat di R&R Machap. sempat jumpa ngan grup vespa yg otw ke kluang. pukul 11 malam sambung perjalanan..

12.00 am : tiba di R&R Pagoh, sebab masing-masing mengantuk maka berhenti rehat + tido seketika selepas refuel. bangun2 je dari tido kena interview dgn polis peronda lebuhraya. hahaha Kuikuikui

2.00 am : tiba di Exit Ayer Keroh selepas setengah jam meroket Azroy

3.15 am : akhirnya tiba di tempat penginapan iaitu Maskadri Homestay selepas sesat lebih sejam ape ni?? sampai2 je makanan dah sedia, melantak dulu sebelum pengsan lagi.. hahaha

Part 3 : Ahad, 20/12/2009

7.00 am : bangun dari tido, solat dan berkemas utk pulang.

9.00 am : sesi fotografi kemudian bergerak ke kedai makan utk breakfast.

10.30 am : singgah refuel di Shell Ayer Keroh. salangtm bersama 2 orang lagi berpecah daripada konvoi dan menuju ke KL. kemudian meneruskan perjalanan pulang melalui Ayer Keroh - Tangkak - Buloh Kasap - Segamat.

1.30 pm : berhenti rehat + makan + solat + refuel di R&R Muadzam Shah dalam hujan..

3.00 pm : meneruskan perjalanan ke Kuantan sambil diescort oleh kereta peronda polis.. hujan lebat sepanjang perjalanan tp konvoi tidak berhenti.

4.15 pm : berhenti refuel lagi di Shell Kuantan. kemudian sambung lagi perjalanan ke Kemaman, masih disimbah hujan lebat sepanjang perjalanan

5.30 pm : tiba di Shell Chukai dan berhenti refuel. kenderaan pengiring berpecah daripada konvoi kerana terpaksa menghantar mekanik pulang ke P.Pinang. kat sini ada orang kena sound dengan attendan pam sbb hisap rokok Kuikuikui

7.30 pm : berhenti solat di Masjid Kuala Abang. kemudian meneruskan perjalanan pada jam 8.30 malam, dan kuda-kuda dipaksa bekerja keras ke tahap maksimum Azroy

9.00 pm : akhirnya selamat tiba di Medan Selera Batu Buruk, makan malam sudah tersedia. sesi bersalaman sebelum masing-masing pulang ke rumah..

tamat sudah laporan hamba.. kita nantikan gambar2 dari salangtm dan payed (digicam aku ada dgn dia ape ni?? ) .

jutaan terima kasih buat Terengganu Elegan Community (TEC) atas kesudian menjemput TLRC untuk menyertai Kembara Jelajah Selatan TEC 2009. untuk makluman, konvoi ini mendapat sponsor daripada Givi (safety vest dan cap), syarikat MForce (pengedar skuter SYM - sponsor kenderaan pengiring + mekanik + makan malam) dan individu perseorangan.


Last edited by malayneum on Wed Dec 23, 2009 2:24 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
View user profile http://forum.malakat92.com
malayneum
Admin
Admin


Posts : 342
Join date : 2009-08-29
Age : 24
Location : where am I supposed to be?

PostSubject: Re: Report Jelajah Selatan TEC 18-20/12/2009   Tue Dec 22, 2009 10:37 pm

gambiran Joget Joget



petronas bukit kuang, en aqhim muncul bersama banner utk dikibarkan di JB Azroy



kedai SYM kuantan sponsor lunch, tp menu agak pelik ape ni??



caltex nenasi, tuh polis escort



masjid tenglu, mersing.. berhenti solat dulu sunny



kat danga bay, ni lepas jumpa grup MRC + LCians UTM. belah kanan skali kuda en fitri..



homestay di ayer keroh, sesat sejam nok buleh ke cari padahal tepi jalan je ape ni??



banner berkibar buat kali pertama di melaka (tp TLRC sapa sini 2 kali doh Kuikuikui )



shell ayer keroh otw balik..



singgah kat masjid tangkak kejap, ada motor problem..



shell chukai, refuel... berlaku satu peristiwa best kat sini Kuikuikui
kalau nk tau tanya payed / salangtm Joget
Back to top Go down
View user profile http://forum.malakat92.com
LiQuiD_CooLeR
Lesen B2
Lesen B2


Posts : 563
Join date : 2009-08-30
Age : 26
Location : Shah Alam

PostSubject: Re: Report Jelajah Selatan TEC 18-20/12/2009   Fri Dec 25, 2009 11:53 pm

report kerosakan---
short wire oleh mto en salang..alarm short dgn ci tah paer kowt!!
whahah

tiada kerosakan berlaku spanjang konvoi..alhamdulillah..

tayar aku jugok jd mangse otw blik!!!
bocor halusshhhh
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Report Jelajah Selatan TEC 18-20/12/2009   Today at 11:04 am

Back to top Go down
 
Report Jelajah Selatan TEC 18-20/12/2009
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» That Rainbow Report
» Selenium and Report Viewer
» verify maximum length for a field using selenium IDE
» [Help] how to add multiple testcases in a TestSuite through Selenium IDE
» how to generate xslt reports in testng?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Terengganu LC Riders Community ( KOM135 ) :: Aktiviti TLRC ( KOM135 ) :: Laporan Aktiviti-
Jump to: